flutter by

Tuesday 11 December 2012

10 Tip miliki jantung sihat

Mengamalkan 10 tip di bawah boleh menjadikan anda memiliki jantung sihat: ~




1. Bersenam (sekurang-kurangnya tiga kali seminggu,30 minit setiap sesi)

2. Makan secara teratur dan seimbang.

3. Kekalkan berat badan unggul.

4. Tidak merokok.

5. Menangani tekanan perasaan.

6. Mengawal tekanan darah.

7. Mengawal paras gula (glukosa) dalam darah.

8. Mengawal paras kolesterol.

9. Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

10. Mengutamakan kesihatan jantung anda pada setiap masa.

Tips fikiran tenang cara Qaisara Qairiyah

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi masalahnya.Begitu jua dengan diriku,kat sini ada beberapa tips berguna untuk diamalkan untuk kalian diluar sana.



  1.  Bersolat: Solat itu tiang agama dalam membentuk akhlak seseorang itu.Dengan bersolat pasti diakhiri dengan doa.Berdoalah agar diberikan jiwa yang tenang oleh Allah swt.Inshaa Allah jika kita ikhlas sudah pasti doa akan dimakbulkan Tuhan.Amin.
  2. Bertaubat : Setiap orang pernah melakukan kesilapan begitulah jua dengan diri ini.Sekiranya kita telah bertaubat maka kita sudah berjanji menyesali dan tidak akan melakukan kesilapan lagi sudah pastilah jiwa akan sentiasa tenang.
  3. Bersedekah:Mengamalkan kehidupan yang sederhana dan mengamalkan sikap suka memberi dengan ikhlas terhadap orang-orang yang tidak berkemampuan juga dapat menyucikan jiwa seseorang itu.Inshaa Allah jika ikhlas memberi kerana Allah bukan kerana hanya menunjuk-nunjuk sudah pasti jiwa akan gembira dan puas.
  4. Bersangka baik : Jauhkan lah juga perasaan buruk sangka dengan orang lain.
  5. Menerima kekurangan diri :Kebanyakan orang lebih suka mengata kekurangan orang lain,tetapi adakah mereka berfikir semuanya qadha dan qadhar dari Allah,jadi bersabar dan terimalah kekurangan dengan hati yang gembira kerana mungkin ada orang lain yang lebih tidak sempurna. 
Okay,semuanya ini tips-tips dari diri saya sendiri sahaja.Apa-apapun semuanya terpulang kepada tuan empunya badan kan...

Monday 10 December 2012

Atasi Masalah Kulit Berminyak

Untuk remaja,penjagaan harus tertumpu pada kebersihan dan pengawalan minyak.'Kawasan T' harus di beri lebih perhtian kerana kadar penghasilan minyak yang lebih iaitu dahi,hidung dan dagu.



  • Membersih  ~  Pilihlah pembersih muka yang boleh mengawal minyak dan boleh mengekalkan kelembapan.
  • Toner             ~  Seelepas mencuci gunakan toner yang bebas alkohol untuk mengetatkan liang roma dan menyegarkan kulit.
  • Melembap    ~  Pilih pelembap khas untuk kulit berminyak.


Tips Untuk Remaja:

  1. Gunakan produk penjagaan kulit yang mempunyai fungsi kawalan minyak.
  2. Dapatkan tidur secukupnya.Kekurangan tidur mempercepat pelepasan adrenalin yang meningkatkan penghasilan minyak.Ini menyebabkan liang tersumbat dn kulit kelihatan kusam dan kasar.
  3. Kurangkan makanan berminyak.Makan lebih sayur-sayuran dan minum lebih air.
  4. Pilih alat solek yang sesuai untuk kulit berminyak .


Selamat mencuba!
sumber







Sunday 9 December 2012

Petua Cantik

Meskipun zaman sudah berubah,namun ada kalanya petua orang lama boleh diguna pakai.Antaranya adalah petua berkaitan kecantikan.Mungkin petua ini dapat digunakan untuk dijadikan amalan seharian....






  • Melambatkan Kedutan Wajah
Ambil sebatang lobak merah,satu biji telur kuning dan satu sudu tepung jagung.Gaulkan hingga sebati dan setelah itu sapukan pada keseluruhan muka.Lakukan pada waktu malam dan cucikan sebelum masuk tidur.Petua ini memadai diamalkan sekali sahaja dalam seminggu.

  • Wajah berseri-seri tanpa kedut
Ambil dua batang kayu manis dan segenggam bedak sejuk.Tumbuk kulit kayu manis sehingg halus dan masukkan ke dalam bedak sejuk.Tambahkan sedikit air dan gaulkan hingga sebati.Setelah itu sapukan pada bahagian parut dan lakukan sekerap mungkin.Selain itu,petua ini bagus untuk menghilangkan bintik hitam di  wajah.Bukan sahaja parut akan hilang malah wajah akan bertambah berseri-seri.

  • Hilangkan bintik hitam dan putih
Bagi mereka yang memiliki kulit berminyak,kehadiran bintik hitam dan putih terutamanya di zon T sememangnya merimaskan.Ambil seulas bawang putih,bersihkan dan tumbuk hingga lumat.Setelah itu,gaul sebati bawang tadi bersama perahan limau nipis dan putih telur.Ambil beberapa tisu dan letakkan pada muka.Tempelkan bahan-bahan tadi ke atas tisu dan biarkan kering.Selepas itu,cuci wajah anda dengan air suam.Insya-Allah,bintik hitam dan putih akan hilang.

  • Badan cantik dan segar
Ambil segenggam daun jambu batu,daun gelugur,daun lengkuas,daun pandan dan dau sena.Rebus daun-daun itu hingga mendidih dan mengeluarkan bau.Sejukkan dan gunakan air itu untuk mandi,campurkan air rebusan tadi dengan air biasa.Daun-daun boleh digosok seluruh badan.Insya-Allah, ia dapat membersihkan segala kekotorn dan daki.Selamat mencuba!


  • Merawat kulit berkedut
Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.Sebatikan bancuhan lalu oleskan pada kulit sekali sehari.Amalkan sehingga berkesan.

  • Menghaluskan kulit muka
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. Kacau sehingga ia menjadi pekat.Kemudian,pupurkan pada muka yang telah dibersihkan.Biarkan ia kering lebih kurang 15 minit.Selepas itu barulah dibilas.

  • Licinkan kulit muka
Ambil 1cm kunyit hidup,1/2 sudu asam jawa dan sedikit bedak sejuk.Campurkan semua bahan sapukan ke muka. Biarkan kering dan amalkan menyapu ramuan ini pada wajah setiap hari sebelum tidur.

  • Menghilangkan parut di muka
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat.Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.Bancuh bersama bedak sejuk.Setelah sebati,sapu rata di bahagian berparut.Lakukan sekerap mungkin.

  • Awat muda
Selepas bangun pagi amalkan petua ini.Urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas diiringi selawat ke atas Nabi tiga kali. Insya Allah kamu akan kelihatan awet  muda.


Monday 26 November 2012

Na kan,lawa sudah blogku..

Syukur tah alhamdulilah,aku panjatkan kehadrat Allah SWT kerana telah memberikan kesihatan dan umur yang panjang.Harapan ditahun ini dan di tahun seterusnya dimurahkan lagi rezeki.Amin

Aduh gembiranya hati ini dapat membuat blog free ini.Selagi ianya free gunakanlah untuk pembelajaran yang berfaedah.Sering aku mendengar rungutan teman-temanku tak pandai guna komputer lah,tak fahamlah dan macam-macam lagi ayat-ayat yang tidak memberi kata-kata perangsang untuk belajar.Misalnya aku,sebenarnya aku pun tak pandai pun bab-bab ICT tetapi disebabkan kerana cemburu dengan orang lain yang mempunyai blog atau facebook lalu aku pun cubalah untuk belajar.Nah sekarang aku amat gembira punya blog.Aku sayang blog aku walaupun tak berapa cute.

Wahai temanku janganlah disebabkan kita ini sudah berusia,kita pun tidak mahu belajar.Dunia sekarang macam-macam perubahan telah berlaku rugi rasanya kalau tidak belajar lebih-lebih lagi sekarang dunia pendidikan pun sudah pun memerlukan kita untuk menggunakan komputer untuk memasukkan markah,pembelajaran ICT  dan kekadang tu ambil bahan pun menggunakan ICT.Belajar tau nanti ketinggalan Asal tidak terlebih sudahlah kan.

Berbalik pula dengan pengalaman aku membina blog ini...adui pening jua sebab tak pandai nak add gadget,Walaupun belum 100 peratus pandai tapi boleh lah...



Wednesday 21 November 2012

Tips menghilangkan rasa bosan di rumah cara Qaisarah Qairiyah




  1. Berpagi-pagi : Amalan bagun awal sangat baik untuk kesihatan.Jika kita amalkan bagun tidur yakni waktu subuh badan kita akan menjadi segar disamping itu kita dapat menguruskan masa dengan baik dan menikmati keindahan suasana diwaktu subuh sambil bersenam.
  2. Menanam bunga : Tanamlah seberapa banyak jenis pokok bunga di halaman rumah anda kerana elemen warna-warni dari tumbuh-tumbuhan  ini adalah saling berkait dengan perasaan kita seperti ketenangan,kedamaian,kecantikan dan keharmonian.Kemudian letakkanlah bangku dan meja disitu.Sudah pasti jiwa anda akan tenang setenangnya.
  3. Bina Kolam ikan: Rumah akan bertambah ceria jika kita bijak mengolahnya walaupun rumah biasa.Bina kolam kolam ikan yang sederhana besarnya kemudian binalah air terjun mini...waa bunyinya seakan di air terjun didalam hutan.
  4. Bermuhasabah: Sering kedapatan didada-dada facebook dengan tulisan aduh boringnya,bosannya dan macam-macam lagi.Apa kata kita gunakan taman-taman yang kita bina ini untuk berfikir dan bermuhasabah(refleksi diri-sendiri lah).Mengapa Allah jadikan kita dan mencari tujuan sebenar kita hidup di dunia yang sementara ini.Tidak kira lah mencari melalui pembacaan buku atau melayari internet.
  5. Cat rumah dengan warna kegemaran:Semua orang mempunyai warna kegemaran masing-masing.Pilihan warna yang cerah juga dapat menghilangkan rasa bosan dirumah.Kemudian hiaslah rumah anda dengan kemas dan cantik.
  6. Elak rasa cemburu:Cemburu ini dari syaitan.Oleh itu rawatlah hati agar sentiasa berbik sangka dengan orang.Contohnya jika kita melihat seseorang itu hidupnya sentiasa dapat apa yang dia kehendaki seperti melancong,beli telefon mahal, dan sebagainya.Anggaplah mereka berjaya melakukannya atas kerajinan mereka belajar jadi kita pun ingin seperti mereka lalu kita pun berusaha dari sekarang terutama pelajar-pelajar agar berjaya di kemudian hari selamat di dunia mahupun di akhirat.Amin

Monday 24 September 2012

harapan seorang aku...

Alhamdulilah,hari-hari kita diberi kenikmatan oleh Allah maka seharusnyalah kita sentiasa melafazkan rasa kesyukuran ..... Semoga segala urusanku pada hari ini dan juga di hari seterusnya dipermudahkan dan  diberkati oleh NYA..aamin...

Aku sering tertanya pada diri - sendiri adakah aku sudah buat yang terbaik untuk diriku,untuk anak-anakku,untuk keluargaku dan yang paling mustahak untuk kedua orang tuaku....

Orang bilang purata panjang umur di Malaysiaialah 74 tahun,berapa sisa lagi ka hayat ku ini?adakah aku sudah buat yang terbaik sepanjang hidupku.Yang nyata belum...memanglah kan ajal & maut tu Alah yang tentukan namun aku sering berdoa padamu ya Allah agar diampunkan segala dosa-dosaku serta berkatilah umurku ini ya Rabbi..

Aku juga berharap agar anak-anakku mempunyai akhlak yang baik,sentiasa menegakkan agamu ya Ilahi....Namun jauh di sudut hati berharap agar segala-galanya sentiasa berada dalam kesuksesan..Maafkan aku ibu...jika aku pernah menyakitimu...Maafkan aku ...

 

Hujan Pagi...

semoga anak-anakku berjaya dan berilmu....
Entah mengapa setiap kali hujan turun di kala pagi yang hening,hatiku pasti sayu.Aku termenung ditepi jendela sambil memerhatikan titisan-titisan air jatuh membasahi bumi.Seakan membawa aku bersama mengimbau kenangan-kenangan lalu sewaktu aku masih kecil yang dibesarkan di sebuah desa yang aman dan harmoni. Waktu itu teralu indah bagiku...

Kini sudah jauh berbeza....aku bukanlah seorang anak kecil tapi harus mendaki ,harus berjalan entah seberapa jauhnya berjalan..mampukah aku menjadi ibu yang baik...semoga anak-anakku berjaya dan berilmu ...serta selamat didunia hingga ke akhirat..

JAMUAN PUSTAKAWAN & PUSTAKAWATI SK AMBUAL 2010

Jamuan akhir pengawas pusat sumber 2010
Program kem membaca 1Malaysia SK Ambual
Program pertandingan mewarna tahap 1
Melihat akan keseronokan dan kesungguhan anak-anak muridku ini dalam menyertai program disekolah ini,membuat hatiku rasa tersentuh dan gembira.Rupa-rupanya semua anak didikku ini rajin-rajin belaka.Jika kita ikhlas berbuat sesuatu insya Allah segalanya dipermudahkan olehNYa.


Saturday 9 June 2012

Resepi Kek Kelapa Kering

Resepi mudah...cubalah..bagi mereka yang baru belajar membuat kek..Anak-anaku suka makan kek ni...sedap..



Kek Kelapa Kering

Bahan-bahannya:
5 biji telur gred A
1 gelas planta
1 gelas gula halus
2 gelas tepung naik sendiri
1 sudu teh perasa vanilla
kelapa kering secukupnya

Cara membuatnya:
1.Pukul telur sehingga kembang -bekas berlainan 
2.Pukul planta dan gula sehingga kembang-bekas berlainan
3.Masukkan telur yang telah dipukul tadi
4.Masukkan tepung kek sedikit demi sedikit
5.masukkan perasa vanilla dan kelapa

Panaskan oven seketika..barulah masukan kek tadi dengan suhu 180 darjah selama 40 minit...

Selamat Mencuba....

Friday 8 June 2012

Info vitamin

1. Vitamin A - Bagus untuk kesihatan mata.

2. Vitamin B dan Asid Folik - Pembentukn DNA dan penting untuk kesihatan kardiovaskular.

3. Vitamin C - Menentang kerosakan oleh radikal bebas dan kunci utama untuk penyerapan zat besi oleh tubuh.

4. Vitamin E semula jadi - Membantu oksidan menentang kerosakan oleh radikal bebas.

5. Zat Besi - Merangsang pembentukan sel darah merah yang sihat.

6. Kalsium,Magnesium dan vitamin D - Membina tulang dan gigi yang kuat, juga mengurangkan  risiko osteoporosis apabil usia meningkat.


sumber