flutter by

Tuesday 11 December 2012

10 Tip miliki jantung sihat

Mengamalkan 10 tip di bawah boleh menjadikan anda memiliki jantung sihat: ~




1. Bersenam (sekurang-kurangnya tiga kali seminggu,30 minit setiap sesi)

2. Makan secara teratur dan seimbang.

3. Kekalkan berat badan unggul.

4. Tidak merokok.

5. Menangani tekanan perasaan.

6. Mengawal tekanan darah.

7. Mengawal paras gula (glukosa) dalam darah.

8. Mengawal paras kolesterol.

9. Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

10. Mengutamakan kesihatan jantung anda pada setiap masa.

Tips fikiran tenang cara Qaisara Qairiyah

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi masalahnya.Begitu jua dengan diriku,kat sini ada beberapa tips berguna untuk diamalkan untuk kalian diluar sana.



  1.  Bersolat: Solat itu tiang agama dalam membentuk akhlak seseorang itu.Dengan bersolat pasti diakhiri dengan doa.Berdoalah agar diberikan jiwa yang tenang oleh Allah swt.Inshaa Allah jika kita ikhlas sudah pasti doa akan dimakbulkan Tuhan.Amin.
  2. Bertaubat : Setiap orang pernah melakukan kesilapan begitulah jua dengan diri ini.Sekiranya kita telah bertaubat maka kita sudah berjanji menyesali dan tidak akan melakukan kesilapan lagi sudah pastilah jiwa akan sentiasa tenang.
  3. Bersedekah:Mengamalkan kehidupan yang sederhana dan mengamalkan sikap suka memberi dengan ikhlas terhadap orang-orang yang tidak berkemampuan juga dapat menyucikan jiwa seseorang itu.Inshaa Allah jika ikhlas memberi kerana Allah bukan kerana hanya menunjuk-nunjuk sudah pasti jiwa akan gembira dan puas.
  4. Bersangka baik : Jauhkan lah juga perasaan buruk sangka dengan orang lain.
  5. Menerima kekurangan diri :Kebanyakan orang lebih suka mengata kekurangan orang lain,tetapi adakah mereka berfikir semuanya qadha dan qadhar dari Allah,jadi bersabar dan terimalah kekurangan dengan hati yang gembira kerana mungkin ada orang lain yang lebih tidak sempurna. 
Okay,semuanya ini tips-tips dari diri saya sendiri sahaja.Apa-apapun semuanya terpulang kepada tuan empunya badan kan...

Monday 10 December 2012

Atasi Masalah Kulit Berminyak

Untuk remaja,penjagaan harus tertumpu pada kebersihan dan pengawalan minyak.'Kawasan T' harus di beri lebih perhtian kerana kadar penghasilan minyak yang lebih iaitu dahi,hidung dan dagu.



  • Membersih  ~  Pilihlah pembersih muka yang boleh mengawal minyak dan boleh mengekalkan kelembapan.
  • Toner             ~  Seelepas mencuci gunakan toner yang bebas alkohol untuk mengetatkan liang roma dan menyegarkan kulit.
  • Melembap    ~  Pilih pelembap khas untuk kulit berminyak.


Tips Untuk Remaja:

  1. Gunakan produk penjagaan kulit yang mempunyai fungsi kawalan minyak.
  2. Dapatkan tidur secukupnya.Kekurangan tidur mempercepat pelepasan adrenalin yang meningkatkan penghasilan minyak.Ini menyebabkan liang tersumbat dn kulit kelihatan kusam dan kasar.
  3. Kurangkan makanan berminyak.Makan lebih sayur-sayuran dan minum lebih air.
  4. Pilih alat solek yang sesuai untuk kulit berminyak .


Selamat mencuba!
sumber







Sunday 9 December 2012

Petua Cantik

Meskipun zaman sudah berubah,namun ada kalanya petua orang lama boleh diguna pakai.Antaranya adalah petua berkaitan kecantikan.Mungkin petua ini dapat digunakan untuk dijadikan amalan seharian....






  • Melambatkan Kedutan Wajah
Ambil sebatang lobak merah,satu biji telur kuning dan satu sudu tepung jagung.Gaulkan hingga sebati dan setelah itu sapukan pada keseluruhan muka.Lakukan pada waktu malam dan cucikan sebelum masuk tidur.Petua ini memadai diamalkan sekali sahaja dalam seminggu.

  • Wajah berseri-seri tanpa kedut
Ambil dua batang kayu manis dan segenggam bedak sejuk.Tumbuk kulit kayu manis sehingg halus dan masukkan ke dalam bedak sejuk.Tambahkan sedikit air dan gaulkan hingga sebati.Setelah itu sapukan pada bahagian parut dan lakukan sekerap mungkin.Selain itu,petua ini bagus untuk menghilangkan bintik hitam di  wajah.Bukan sahaja parut akan hilang malah wajah akan bertambah berseri-seri.

  • Hilangkan bintik hitam dan putih
Bagi mereka yang memiliki kulit berminyak,kehadiran bintik hitam dan putih terutamanya di zon T sememangnya merimaskan.Ambil seulas bawang putih,bersihkan dan tumbuk hingga lumat.Setelah itu,gaul sebati bawang tadi bersama perahan limau nipis dan putih telur.Ambil beberapa tisu dan letakkan pada muka.Tempelkan bahan-bahan tadi ke atas tisu dan biarkan kering.Selepas itu,cuci wajah anda dengan air suam.Insya-Allah,bintik hitam dan putih akan hilang.

  • Badan cantik dan segar
Ambil segenggam daun jambu batu,daun gelugur,daun lengkuas,daun pandan dan dau sena.Rebus daun-daun itu hingga mendidih dan mengeluarkan bau.Sejukkan dan gunakan air itu untuk mandi,campurkan air rebusan tadi dengan air biasa.Daun-daun boleh digosok seluruh badan.Insya-Allah, ia dapat membersihkan segala kekotorn dan daki.Selamat mencuba!


  • Merawat kulit berkedut
Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.Sebatikan bancuhan lalu oleskan pada kulit sekali sehari.Amalkan sehingga berkesan.

  • Menghaluskan kulit muka
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. Kacau sehingga ia menjadi pekat.Kemudian,pupurkan pada muka yang telah dibersihkan.Biarkan ia kering lebih kurang 15 minit.Selepas itu barulah dibilas.

  • Licinkan kulit muka
Ambil 1cm kunyit hidup,1/2 sudu asam jawa dan sedikit bedak sejuk.Campurkan semua bahan sapukan ke muka. Biarkan kering dan amalkan menyapu ramuan ini pada wajah setiap hari sebelum tidur.

  • Menghilangkan parut di muka
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat.Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.Bancuh bersama bedak sejuk.Setelah sebati,sapu rata di bahagian berparut.Lakukan sekerap mungkin.

  • Awat muda
Selepas bangun pagi amalkan petua ini.Urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas diiringi selawat ke atas Nabi tiga kali. Insya Allah kamu akan kelihatan awet  muda.