flutter by

Thursday 14 February 2013

Khasiat Tumbuhan Misai Kucing


Tumbuhan Misai Kucing


Hari ini,selepas aku membaca artikel tentang kebaikan tumbuhan misai kucing dari blog herba desaku,ingin rasanya ku kongsikan tentang khasiat pokok misai kucing.Pokok ini sangat berguna kepada kita jika kita menanamnya.Daun pokok misai kucing ini sangat berkhasiat dan boleh dijadikan sebagai ubat tradisional seperti mencuci buah pinggang,pundi kencing dan sebagainya.Pokok ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai tanaman hiasan halaman rumah.Jadi saya kongsikan artikel ini untuk di baca sebagai maklumat diri-sendiri dan siapa-siapa saja yang berminat untuk membacanya.Semoga artikel ini berguna untuk kita semua.

Cara penyediaan ubat tradisional herba misai kucing:


Ambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering.
Bila sudah kering  daun itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebih kurang segelas air mentah.Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis.
Selain dari itu menurut sumber, akar dan batang pokok misai kucing juga boleh merawat penyakit tersebut. Kaedahnya adalah tumbuk kedua-duanya sehingga agak lumat.
Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dalam beberapa saat. Air kisan tersebut diambil dengan cara diperah atau tapis kemudian dicampukan dengan setengah air panas.Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan.


MISAI KUCING : Orthosiphon stamineus, Benth/ Orthosiphon aristatus

PENGENALAN

Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, berukuran 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ianya boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

 Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.


Pokok Misai Kucing

Nama Tempatan    :  Misai kucing
Nama Saintifik      :   Orthosiphon aristatus /stamineus benth
Nama Lain            :  Kumis kucing, cat whisker, kabling gubat, remujung, Javatee,             
                              Lamiaceae, Orthosiphon Aristatus, Orthosiphonblaetter, Indisher
                              Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Kidney Tea, Koemis
                              Koetjing and Yaa Nuat Maeo.
Latin name           :  Orthosiphon spicatus
Famili                  :  Lamiaceae  
   
Keterangan:  

Tumbuhan yang pada asalnya dari klasifiksi liar ini mula banyak ditanam dan popular sebagai tumbuhan taman kerana bunganya yang cantik. Mudah membiak melalui keratan batang dan memerlukan medium yang agak lembab untuk hidup dengan subur. Misai kucing ialah herba bukan semusim dan ia boleh hidup lama.Ia kaya dengan kalium. Tumbuhan ini mula menarik perhatian para pengkaji antarabangsa apabila ia mula diperkenalkan sebagai teh di Eropah pada awal kurun ke20.

Klasifikasi pokok misai kucing

Division
Magnoliophyta
Kelas
Magnoliophyta
Oder
Lamiales
Famili
Labiatae@Lamiaceae@Lippenblutengewachse
Genus
Orthosiphon
Spesies
O. Stamineu
Nama binomial
Orthosiphon stamineus, Benth

Kegunaan

Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid.

Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing.

Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah),  Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.

Huraian

Herba Misai Kucing telah digunakan sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah pinggang. Kandungan ortosifonim dan garam kalium (yang terdapat pada daunnya), merupakan komponen utama yang membantu larutnya asid urik, fosfat dan oksalat dalam tubuh manusia, terutama dalam hempedu ataupun ginjal sehingga dapat mencegah terjadinya endapan batu karang. Kandungan saponin dan tanin pada daun juga boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami oleh sesetengah wanita. 

Penyelidikan semasa telah mengenal pasti kesan-kesan Misai Kucing sebagai berpunca daripada komponen fenolik dan flavonoid. Sebatian-sebatian ini merangsang pembersihan sel dan perlindungan yang lebih baik melalui beberapa kaedah. Pertama, ia meningkatkan pembuangan asid metabolik dan natrium melalui ginjal (buah pinggang), yang dipanggil diuresis, dengan cara yang tidak memudaratkan ginjal. Ini menjadikannya antara bahan diuretik paling selamat di kalangan ubatan herba. Sesetengah daripada hasil penyelidikan awal terhadap herba ini telah dibuat berhubung usaha menilai kegunaannya sebagai rawatan tradisional untuk menghapuskan batu karang. Ia merupakan salah satu daripada segelintir bahan herba yang telah diluluskan oleh kerajaan Jerman untuk meningkatkan isi padu air kencing bagi mencegah batu karang. Ia disyorkan khusus untuk mencegah pembentukan batu karang akibat asid urik. Dos saranan untuk herba kering ialah 300 - 800 mg sehari, yakni kira-kira 1.5 - 4 gram daun segar.

Selain itu, daun misai kucing juga digunakan sebagai rawatan sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam. Tanaman ini juga boleh digunakan sebagai bahan antialergi, gout, athritis (radang sendi) dan reumatik (sengal-sengal atau lenguh) kerana ia dapat menyingkirkan asid urik dan toksik metabolik yang berlebihan pada sendi dan otot. Bila asid-asid ini terkumpul secara berlebihan pada tisu-tisu, ditambah pula dengan sistem pengedaran yang lemah, itulah yang menyebabkan kesakitan dan radang pada sendi dan otot. Disamping itu juga, misai kucing digunakan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah. Penyelidikan juga telah mendapati ianya bersifat antiseptik.


Para penyelidik daripada Fakulti Farmasi, Universiti Fukuyama, Jepun telah mendapati bahawa sesetengah daripada sebatian herba ini menggalakkan penurunan secara berterusan terhadap tekanan darah sistolik melalui tindakan vasodilasi (pengembangan pembuluh darah), penurunan keluaran kardiak dan tindakan diuretik dalam penghapusan natrium. Ini menerangkan dengan jelas kesan-kesan positif herba ini dalam rawatan hipertensi yang mana telah berlaku penggunaan herba ini secara berdokumen sebagai rawatan tradisional di Indonesia selama ratusan tahun yang lalu. Dalam satu kajian yang hasilnya diterbitkan pada tahun 2007 oleh Pusat Kajian Sains Farmaseutik di Universiti Sains Malaysia herba ini didapati mengandungi sifat-sifat antioksidan dan penghapus radikal bebas. Ini juga mengesahkan penggunaannya secara tradisional dalam merawat masalah hati, kerana ia telah terbukti merangsang perlindungan hati daripada keracunan bahan toksik secara bergantung pada dos (dosedependent).

Pakar ubatan herba tradisional Indonesia juga telah menggunakan herba ini untuk merawat diabetes (kencing manis) dan kesannya disahkan apabila pada tahun 2007 para penyelidik daripada Jabatan Farmakologi, Universiti Chulalongkorn di Bangkok, Thailand menerbitkan laporan berhubung kesan Orthosiphon terhadap glukosa darah pada tikus yang diaruh supaya berpenyakit diabetes. Kajian berkenaan menunjukkan bahawa dalam satu ujian ketahanan glukosa, pati Orthosiphon (0.2 - 1.0g/kg) menurunkan kepekatan glukosa plasma dengan ketara secara bergantung pada dos (dose-dependent) pada tikus biasa dan tikus berdiabetes. Menjelang tamatnya kajian ini profil lipid juga telah bertambah baik dengan kepekatan gliserida plasma lebih rendah pada tikus berdiabetes yang dirawat dengan pati ini berbanding tikus yang tidak dirawat, manakala tahap kolesterol Lipoprotein Ketumpatan Tinggi (kolesterol baik) juga naik secara ketara pada tikus berdiabetes yang dirawat dengan pati ini. Ini merupakan satu contoh baik penggunaan ubat tradisional yang disokong dengan pengesahan saintifik bagi setiap kegunaannya secara tradisional. Paling penting   sekali, herba ini menawarkan rawatan sokongan yang selamat dan berkesan bagi masalah berhubung penuaan yang paling sering berlaku, yakni sakit dan sengal sendi, hipertensi, diabetes dan kolesterol tinggi.

Secara ringkasnya kepentingan daun misai kucing adalah seperti berikut:
  • Mengandungi sifat-sifat anti alergi, antihipertensi, anti inflamatori dan diuretik
  • Digunakan untuk merawat areriosklerosis (penyakit pada sirkulasi dan kapilari darah), ghout, batu karang, batu hempedu, diabetes dan reumatisme. Bersifat anti fungi dan anti bakteria.
  • Salah satu cara ia bertindak ialah dengan meningkatkan aliran pembuangan air kecil pesakit.
  • Mengandungi kalium yang mempunyai khasiat diuretik dan pelarut batu karang (saluran kencing).


Terima kasih.

Sunday 27 January 2013

Perlunya kolagen di usia 40++


Adui lamanya nda buka aku punya blog,seperti biasa kali ni aku nak berkongsi tentang kelebihan dan perlunya mengambil kolagen untuk orang yang 40++...almaklumlah aku pun nak masuk dalam team tersebut.Tak perlu risau rasanya jika kita ada alternatif  masalah penuaan awal dapat dielakkan.Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana diberikan umur yang panjang dan diberikan kesihatan kepada diriku dan juga keluarga...alhamdulilah...
Setelah membaca kelebihan mengambil kolagen terhadap kesihatan dan kulit maka aku pun terus mencubanya.Memang tidak dinafikan setelah beberapa bulan aku mengamalkannya ternyata terdapat banyak kebaikan buat diriku.Kini, garis-garis halus di wajahku semakin berkurangan dan kulitku semakin cerah.Lalu aku kongsikan pengalaman ini untuk kebaikan teman-temanku di luar sana.
Apa itu kolagen?
Kolagen adalah sejenis protein.  Ia menghubungkan dan menyokong tisu-tisu badan yang lain, seperti kulit, tulang, tendon, otot, dan tulang rawan. Ia juga menyokong organ-organ dalaman dan walaupun hadir dalam gigi. Terdapat lebih daripada 25 jenis collagens yang secara semulajadi berlaku di dalam badan.  Serat kolagen adalah penting dalam menyumbang kepada struktur luar sel  Sesetengah orang merujuk kepada kolagen sebagai gam yang memegang badan bersama-sama. Tanpanya, badan akan agak literal dan seolah runtuh.

Selalunya, kolagen dibincangkan dalam berhubung dengan kulit. Ia berfungsi dengan keratin untuk menyediakan kulit dengan kekuatan, fleksibiliti, dan daya tahan. Walau bagaimanapun, umur orang, degradasi kolagen berlaku, yang membawa kepada kedutan. Oleh itu, ia adalah bahan penting bagi mereka yang mencari cara-cara untuk melawan kesan ketara penuaan pada kulit. Sesetengah profesional penjagaan kulit sebenarnya menasihatkan orang ramai mengenai cara-cara untuk merangsang pengeluaran kolagen dalam sel kulit.

Setiap orang memerlukan kolagen untuk memberikan tulen asid amino yang diperlukan untuk kesihatan kulit, rambut, kuku, sendi dan tisu-tisu lain yang akan rosak disebabkan oleh radikal bebas – molekul yang tidak stabil yang telah diwujudkan apabila badan menggunakan oksigen.  Bersama-sama dengan Vitamin C, badan anda memerlukan kedua-dua asid amino hyderoxy untuk menghasilkan serat kolagen yang berkualiti. Walau bagaimanapun, apabila badan anda diberi protein lain, ia tidak akan mengeluarkan sebagai serat kolagen yang banyak kerana apabila asid tepat mentah yang diperlukan untuk membuat kolagen hadir.  Faktor  umur, badan anda menghasilkan kurang amino asid (blok binaan protein) yang diperlukan untuk membuat kolagen-kualiti kolagen dalam kulit anda, sendi dan lain-lain kawasan tubuh anda lemah.

Penurunan kolagen akan berlaku apabila umur semakin meningkat dewasa dan mengakibatkan kulit mula menampakkan garis-garis penuaan dan kulit muka akan mudah berjeragat, kusam dan tidak bermaya. Oleh itu bagi menangani masalah kulit yang bermasalah ini, penggunaan kolagen yang tepat dan berkesan amatlah diperlukan.


Kelebihan dan Khasiat  Kolagen(rumpai laut)
1.Terkenal untuk kecantikan kulit dan ubat diet 100% semula jadi
2.Dikenali sebagai “Sarang Burung Laut” oleh masyarakat cina
3.Melancarkan kitaran darah
4.Mencantikkan kulit agar lebih putih dan tegang
5.Melambatkan penuaan dan melansingkan badan
6.Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre (kelenjar Thyroid membengkak)


Ok,selamat mencuba!